Saturday, 19 March 2011

Blog (Website) Baru untuk Kelab UMNO Lancaster

Terimakasih kerana telah melayari laman kami. Untuk makluman, laman ini telah berpindah ke http://umnolancaster.wordpress.com



Jumpa anda di alamat web baru kami untuk maklumat terkini.

Terima kasih.

Thursday, 16 September 2010

Karnival Merdeka 2010


"Update berkenaan Karnival Merdeka 2010, semalam kami telah mendapat kepastian daripada pihak High Com London bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin & Raja Pemaisuri Agong juga akan turut hadir ke majlis ini."

Thursday, 9 September 2010

Salam Eidulfitri 1431H Dari KULM

Salam Ukhuwah

Pihak KULM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Lancaster yang dikasihi. Ampun dan maaf dipinta sekira terdapat silap dan salah.

Wednesday, 19 May 2010

Seminar Keluarga Bahagia Islam Di Sheffield 5 Jun 2010



Salam Ukhuwah Warga Lancaster!

Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) akan menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia Islam yang akan disampaikan oleh ulama kita segani iaitu Ustaz Zaharudin Abd. Rahman dan Peguam Syarie, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Berikut adalah perincian seminar

Tarikh : Sabtu, 5 Jun 2010
Masa : 9 pg - 5 petang
Tempat Croft House Settlement, Sheffield, S1 4BJ


Tarikh Tutup : 31 Mei 2010

Untuk mendaftar, kami perlukan dari setiap peserta seperti berikut

1) Nama:
2) Emel:
3) No tel hp:

Hantar ke kamel_wi@yahoo.com atau ayuazwal@yahoo.com

Kaedah pembayaran adalah secara online ke dalam akaun Bendahari PMPMS
Yuran £10 seorang sebelum 31 Mei 2010

No Akaun : 22490922
Sort Code : 56-00-09
Nama : Ramli MAB
Payee reference : 'Seminar'

Apabila pembayaran telah dibuat, sila maklumkan kepada bendahari melalui
email : anw_mas77@yahoo. co.uk atau anwar88@hotmail. com

Aturcara Seminar

8.30 pg – 9.00 pg Pendaftaran
9.00 pg – 10.30 pg Slot 1 : Hubungan Suami Isteri
9.30 pg – 9.45 pg Santapan pagi
9.45 pg – 12.15 ptg Slot 2 : Tanggungjawab dan Hak
12.15 ptg – 1.00 ptg Santapan tengahari
1.00 ptg – 1.30 ptg Solat Zuhur
1.30 ptg – 3.00 ptg Slot 3 : Alam Keibubapaan
3.00 ptg – 4.30 ptg Slot 4 : Menjauhi Perceraian, Anda Hampir?
4.30 ptg – 5.00 ptg Bersurai

Jadual solat pada 5 Jun : Zuhur 1.06 ptg Asar 5.30 ptg Maghrib 9.31 mlm
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Siti Rahayu Mohd Hasyim (07824510518)

-KULM-

Tuesday, 6 April 2010

Laporan Pertandingan Bowling KULM2010

Salam Ukhuwah Warga Lancaster!
Di sertakan laporan bowling yang telah diadakan pada 13hb Febuari yang lepas. Terimakasih daun keladi kepada yang menjayakan!



LAPORAN PERTANDINGAN BOWLING KULM 2010

Pendahuluan
Kelab UMNO Lancaster & Morcombe telah menganjurkan Pertandingan Bowling bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim warga Malaysia di Lancaster.

Perancangan
Berikut adalah maklumat berkenaan dengan pertandingan tersebut :

Tempat : Morcombe Superbowl
Tarikh : 13 Febuari 2009
Masa : 1830hrs -2130hrs
Peserta : Warga Malaysia di Lancaster

Pelaksanaan
Seramai 33 peserta termasuk 6 kanak-kanak telah menjayakan program tersebut. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dewasa dan satu kumpulan kanak-kanak.
Keputusan
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;
Kanak-kanak : 1st Abdul Hannan
2nd Hadiff Hizbullah
3rd Nur Shamin Qistina

Lelaki : 1st Azhanorhisham Che Din
2nd Abul Khair Anuar

Wanita : 1st Siti Nurhidayu Abu Bakar
2nd Aisyaturridha Abdullah

Kumpulan : 1st Mohammad iQmal, Dzorif Don Zulkarnain Azmi, Dir Kheidrin,
Azman Ali, Hizbullah Mohamad.
2nd Mukhriz Izraf, Abdul Aziz, Ustaz Khaidir, Azrul Anaz,
Azhanorhisham, Jadda.

Kak Long : Raja Nor Soraya
(juara Longkang wanita)
Abg Long : Mohd Afiq
(Juara Longkang Lelaki)
Kumpulan Sporting : Siti Nurhidayu, Aini Ahmad, Rosnita Ahmad, Aisyaturridha,
Haniwarda, Norhadznita Ilham.

Kewangan
Pendapatan
Kutipan peserta 27 peserta dewasa x £ 10 = £ 270.00
6 peserta kanak2 x £ 8 = £ 48.00
Jumlah = £ 318.00

Perbelanjaan
Bayaran 6 ‘lane’ serta kasut untuk 2 jam = £ 240.00
Makanan dan minuman ringan kepada peserta = £ 76.50
Jumlah = £ 316.50
Baki Program = £ 1.50

Kesimpulan
Secara keseluruhannya program ini berjaya atas kerjasama dari semua pihak termasuk juga kerjasama dari pihak peserta. Pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah keluarga di Lancaster dan meluangkan masa beramai-ramai.