Tuesday, 5 May 2009

Perlantikan Barisan Pemimpin KULM Sesi 2009/2010

Salam buat warga Lancaster. Sesi 2007/2009 telah pun berlalu. Diucapkan syabas kepada barisan pimpinan KULM 2007/2008 yang diketuai oleh Tun kerana berjaya menyelaraskan beberapa aktiviti yang hebat-hebat sepanjang sesi tersebut. Diucapkan juga tahniah kepada barisan pimpinan baru yg semuanya muda-muda dan berkebolehan. Ikhlas dari Blog Admin (Kayos).

Monday, 29 October 2007

Pengerusi balik Malaysia

Hari ini pengerusi terbang ke Malaysia untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-58 yang akan diadakan pada 7 November 2007. Hanya pulang berseorangan untuk 2 minggu sahaja dan kembali semula pada 10 November.

Sunday, 21 October 2007

Selamat Pengantin Baru

Pihak KULM mengucapkan Selamat Pengantin baru kepada setiausaha saudari Mazliana dengan pasangan Fazrul. Semoga ikatan perkahwinan berpanjangan dan diberkati Allah selalu.

Jamuan Raya

KULM dengan kerjasama LUMSS telah berjaya mengadakan majlis Jamuan Raya dan Suai Kenal pada hari Sabtu 20 Okt 2007. Majlis dimulakan jam 11 pagi dengan gambar hari raya beramai-ramai oleh jurukamera khas daripada Essex. Kemudian majlis disusuli dengan ucapan Presiden LUMSS dan Pengerusi KULM. Majlis semakin mesra apabila setiap orang memperkenalkan diri masing-masing. Ada yang berlawak dan ada yang siap berpantun lagi!
Para jemputan telah dijamu dengan nasi tomato, ayam masak merah, nasi himpit, sambal kuah kacang, rendang daging, kari kambing dan pelbagai pemanis mulut.

Majlis behenti sebentar untuk memberi peluang hadirin mengerjakan solah Zuhur berjamaah.

Suasana kembali meriah dengan acara model menggayakan koleksi hanya daripada akhbar dan seletope sahaja. Tahniah kepada jurumodel untuk adik Aisyah dengan rekaan Baju Princess. Kuiz antara geng bujang dan kelamin sungguh menguji minda untuk berfikir dan mulut untuk menahan gelak. Tahniah kepada geng bujang. Pakaian teranggun lelaki pada tahun ini adalah Azrul manakala perempuan ialah Haslinda. Kanak-kanak yang berpakaian menarik pula ialah adik Illiyas dan adik Aisyah.

Majlis bersurai jam 3.30 ptg setelah para jemputan membungkus makanan yang tidak dapat dihabiskan.