Thursday 7 May 2009

Pertandingan Golf Tertutup Lancaster 2009



Kelab UMNO Lancaster telah menganjurkan Pertandingan Golf Tertutup bertujuan untuk merapatkan warga Malaysia di seluruh UK terutamanya North West UK yang mempunyai minat bermain golf. Berikut adalah maklumat berkenaan dengan pertandingan tersebut :

Tempat : Forrest Hills Golf , Lancaster LA2 0PL
Tarikh : 18 April 2009
Masa : 0930hrs -1530hrs
Peserta : Terbuka kepada semua warga Malaysia
di UK terutamanya warga North West, UK


Anjuran
KULM
dengan kerjasama
LUMSS dan HELWA

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan limpah kurnia Nya, pertandingan golf tertutup Lancaster telah pun berjalan dengan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada para peserta yang berpenat lelah datang dari jauh dan sokongan yang kalian berikan. Tidak lupa juga kepada semua AJK yang bertungkus lumus dalam merealisasikan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Di bawah ini adalah lampiran markah para peserta serta pemenang pertandingan golf tertutup tahun ini.


(Sila Klik Untuk resize image)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Kepada yg tidak berjaya, jangan berputus asa untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Diucapkan syabas kepada penganjur (KULM, LUMSS dan HELWA) kerana inilah kali pertama sesuatu pertandingan dibuka untuk warga luar dari Lancaster. Walaupun sumber tenaga yg kurang dari kapasiti program, tetapi warga Lancaster berjaya menunjukkan semangat ukhwah yg tinggi dalam membantu menjayakan program.

No comments: