Saturday 30 May 2009

Program Motivasi PhD & Pemikiran Ta’dib (Pendidikan) Islami

Salam Ukhuwah Warga Lancaster!

Kelab Melayu Hull,Kelab UMNO dan MISG-ABIM UK & Eire akan menganjurkan dua program motivasi seperti dibawah:

Nama Program 1: Suntikan Motivasi PhD Bersama Dr. Mohd Farid Shahran
Tarikh: 12hb Jun 2009 (7.00 – 9.00 malam)
Sasaran: Post-graduate Student, University of Hull dan Ahli MISG
Tempat: 32 Sidmouth Street, Newland Avenue

Nama Program 2: Wacana Ta'dib Islami
Anjuran Bersama:
Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO Hull dan MISG-ABIM UK & Eire

Tarikh: 13hb Jun 2009 (Sabtu)
Tempat: North Community Hall, 37th Ave. HU6 8AU Hull
Masa: 1.30 petang – 5.30 petang

Pengisian:
2.15 – 3.15 ptg Sesi 1: Tasawur Islami & Tradisi Ilmu
Dr Mohd Farid Mohd Shahran (UIAM)


3.30 - 4.45 ptg Sesi 2: Forum: Pembinaan Generasi Sallehudin Al-Ayubi
Ahli Panel: Dr Mohd Farid Mohd Shahran
Ustaz Mohd Erfino bin Johari (MSD)
Tayangan video – Untuk Kanak-Kanak

5.00 petang Jamuan ringan



Biodata Dr Mohd Farid Mohd Shahran

Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran bertugas sebagai Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1984-1988). Meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam jurusan pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam di Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1990 hingga 1994. Memperoleh ijazah M.A. dan Ph.D dalam bidang Pemikiran Islam di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC). Tesis M.A. beliau berkaitan dengan Mantiq semantara tesis Ph.D berkaitan dengan Faham Ketuhanan dalam Ilmu Kalam.

Kerjaya beliau bermula sebagai Pegawai Penyelidik di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) selama lapan tahun dari tahun 1995 hingga 2003 dan seterusnya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bermula pada 2003 hingga sekarang dalam Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama.
Di samping menulis artikel di jurnal-jurnal ilmiah, majalah dan akhbar, beliau juga membentang kertas kerja di pelbagai seminar di dalam dan luar negara dan menyampaikan siri ceramah serta kursus mengenai agama, akidah dan etika di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan beberapa institusi latihan di seluruh Malaysia. Beliau juga salah seorang pembicara tetap dalam program mingguan “Cabaran Pemikiran Masa Kini” di IKIM.fm.

Beliau juga aktif dalam program-program dialog antara agama dan tamadun. Beliau telah diamanahkan sebagai Timbalan Presiden dalam organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga merupakan salah seorang ahli panel penilai Isu-Isu Aqidah dan Shari’ah Wilayah Persekutuan di bawah kelolaan JAWI.

No comments: