Saturday 30 May 2009

Program Motivasi PhD & Pemikiran Ta’dib (Pendidikan) Islami

Salam Ukhuwah Warga Lancaster!

Kelab Melayu Hull,Kelab UMNO dan MISG-ABIM UK & Eire akan menganjurkan dua program motivasi seperti dibawah:

Nama Program 1: Suntikan Motivasi PhD Bersama Dr. Mohd Farid Shahran
Tarikh: 12hb Jun 2009 (7.00 – 9.00 malam)
Sasaran: Post-graduate Student, University of Hull dan Ahli MISG
Tempat: 32 Sidmouth Street, Newland Avenue

Nama Program 2: Wacana Ta'dib Islami
Anjuran Bersama:
Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO Hull dan MISG-ABIM UK & Eire

Tarikh: 13hb Jun 2009 (Sabtu)
Tempat: North Community Hall, 37th Ave. HU6 8AU Hull
Masa: 1.30 petang – 5.30 petang

Pengisian:
2.15 – 3.15 ptg Sesi 1: Tasawur Islami & Tradisi Ilmu
Dr Mohd Farid Mohd Shahran (UIAM)


3.30 - 4.45 ptg Sesi 2: Forum: Pembinaan Generasi Sallehudin Al-Ayubi
Ahli Panel: Dr Mohd Farid Mohd Shahran
Ustaz Mohd Erfino bin Johari (MSD)
Tayangan video – Untuk Kanak-Kanak

5.00 petang Jamuan ringan



Biodata Dr Mohd Farid Mohd Shahran

Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran bertugas sebagai Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1984-1988). Meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam jurusan pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam di Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1990 hingga 1994. Memperoleh ijazah M.A. dan Ph.D dalam bidang Pemikiran Islam di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC). Tesis M.A. beliau berkaitan dengan Mantiq semantara tesis Ph.D berkaitan dengan Faham Ketuhanan dalam Ilmu Kalam.

Kerjaya beliau bermula sebagai Pegawai Penyelidik di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) selama lapan tahun dari tahun 1995 hingga 2003 dan seterusnya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bermula pada 2003 hingga sekarang dalam Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama.
Di samping menulis artikel di jurnal-jurnal ilmiah, majalah dan akhbar, beliau juga membentang kertas kerja di pelbagai seminar di dalam dan luar negara dan menyampaikan siri ceramah serta kursus mengenai agama, akidah dan etika di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan beberapa institusi latihan di seluruh Malaysia. Beliau juga salah seorang pembicara tetap dalam program mingguan “Cabaran Pemikiran Masa Kini” di IKIM.fm.

Beliau juga aktif dalam program-program dialog antara agama dan tamadun. Beliau telah diamanahkan sebagai Timbalan Presiden dalam organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan juga merupakan salah seorang ahli panel penilai Isu-Isu Aqidah dan Shari’ah Wilayah Persekutuan di bawah kelolaan JAWI.

Friday 29 May 2009

Kemaskini MSPG 2009 - Contoh Pakaian Retro



Salam Ukhuwah Kepada Semua Warga Lancaster!

Pakaian² yg dipaparkan dibawah ini adalah sebagai contoh semata² dan sebenarnya tidak menjadi satu paksaan untuk dipakai sempena MSPG 2009 yang bakal dilansungkan pada 6hb Jun ini.




Pada malam itu juga, pihak KULM akan menyediakan hadiah untuk:

i) Pakaian Tercantik dan Teranggun bagi kategori Lelaki dan Perempuan
ii) Pakaian Tercantik dan Tercomel bagi kategori Kanak²

Siapalah agaknya akan akan dinobatkan sebagai pemenang tahun ni ye....! Bertuahnya badan..!

Nota: Pihak KULM memohon maaf sekiranya gambar contoh pakaian retro diatas adalah keterlaluan. Warga sekalian digalakkan untuk merekacipta sendiri konsep retro mengikut acuan dan gaya hidup yg sopan! INGAT!..tiada paksaan dalam berpakaian.. dan INGAT!...6hb JUN yg bakal tiba....

- KULM -

Tuesday 19 May 2009

Kursus Mengenali Permainan Golf


KULM mengalu-alukan rakan di Lancaster untuk menyertai kelas golf bersama rakan-rakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang sukan golf.

Jangan malu, jangan segan, inilah peluang untuk rakan-rakan semua mengetahui lebih lanjut tentang sukan golf dan merasai sendiri pengalaman memukul bola-bola golf.

Ketahui lebih lanjut mengenai alatan sukan golf. Apa itu "driver", "iron", "wood", "putter" dan sebagainya.

Tunjuk ajar akan diberi oleh rakan-rakan yang sudah berpegalaman.

Aktiviti: Kelas Golf @ Driving Range
Venue: Ashton Golf Driving Range, Lancaster
Alatan: Golf clubs akan disediakan untuk yang tidak menpunyai (sila bawa sekiranya ada)
Masa: 6:30pm - 9.15pm
Tarikh/Hari: 24hb May 2009 (Ahad)
Pakaian: Casual + kasut sukan (dan menutup aurat)
Bayaran: £8 (****termasuk 50 biji bola golf untuk latihan + free drink + crips +gambar)
Gambar: Gambar-gambar aksi peserta akan diambil semasa aktiviti ini dan akan diagihkan.

Aturcara
=======
1) Mengenali alatan golf dan Q&A
2) Kedudukan dan posisi tubuh dan badan
3) Cara-cara memegang clubs dan memukul bola golf
4) Praktikal "putting"

Nota: ****Lebihan bayaran (untung) and di salurkan ke KULM untuk aktiviti di masa akan datang.

Kepada warga yang berminat diminta berhubung dengan saudara Wan Huzaini (07834484960)sebelum hari sabtu (23hb May) ini.

Dikemaskini pada 11.6.2009



Perserta yang hadir bergambar kenangan
Kepada peserta-peserta yang telah menyudikan diri untuk menghadiri kelas kali ini, pihak KULM mengucapkan terimakasih daun keladi kepada mereka. Diharap, sambutan kelas yg akan datang lebih hangat lagi.

********MAJULAH SUKAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA**************

-KULM-

Saturday 9 May 2009

Informasi- Lawatan Pegawai MSD (Ustaz Erfino Johari) ke Lancaster.


sumber dari http://www.erfino.blogspot.com/

Ustaz Erfino Johari adalah merupakan Atase Pendidikan & Agama di Malaysian Student Department (MSD) UK & Ireland akan mengadakan lawatan tidak rasmi beliau ke Lancaster. Butir lawatan beliau adalah seperti berikut:-

Tarikh: 9/5/2009 (Sabtu)
Masa: 7.00 pm -10.00 pm (*bergantung pada keadaan)
Tempat: Fylde College SCR, Lancaster Univ

Kedatangan beliau ke sini adalah merupakan lawatan secara tidak rasmi sebagai wakil MSD untuk berkenalan dengan semua rakyat Malaysia di bumi Lancaster ini, untuk mendalami masalah yang dialami oleh kita di sini, juga menerima sebarang cadangan kepada pihak MSD dan menyampaikan tazkirah ringkas.

Oleh itu, marilah kita beramai-ramai memeriahkan majlis ini dan meraikan kedatangan Ustaz Erfino pada hari Sabtu ini. Sebarang masalah atau cadangan kepada MSD boleh dikemukakan kepada beliau pada masa tersebut.

----- Aturcara Program (Secara Kasar)-----

7.00 pm - Ketibaan Ustaz Erfino Johari di Fylde College SCR.
7.10 pm - Ucapan dan sesi soal jawab.
8.30 pm - Jamuan ringan.
9.00 pm - Solat Maghrib berjemaah di surau LU.
9.30 pm - Sesi beramah mesra.
10.00 pm - Bersurai.

-----------------------------------------------------

Sekian. Harap Maklum

* Nota: Warga Lancaster adalah digalakkan hadir pada pukul 7.00 pm untuk membantu dari segi persiapan dan aturan meja sebelum majlis bermula.

-KULM-

Friday 8 May 2009

Majlis Sireh Pulang Ke Gagang



Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang berada di tahun akhir pengajian mereka di sini.

Sehubungan itu, dengan berbesar hati kami menjemput seluruh warga Lancaster untuk bersama-sama kami menganjur dan memeriahkan acara kemuncak ini!!!!

Bayaran :
i. Dewasa - GBP5/seorang.
ii. Kanak-kanak 12 thn ke ATAS - GBP2.50/seorang.
iii. Kanak-kanak 12 thn ke BAWAH - Percuma.
iv. Tema - Retro Ceria.

Untuk RSVP, Klik Disini

-KULM-

Thursday 7 May 2009

Pertandingan Golf Tertutup Lancaster 2009



Kelab UMNO Lancaster telah menganjurkan Pertandingan Golf Tertutup bertujuan untuk merapatkan warga Malaysia di seluruh UK terutamanya North West UK yang mempunyai minat bermain golf. Berikut adalah maklumat berkenaan dengan pertandingan tersebut :

Tempat : Forrest Hills Golf , Lancaster LA2 0PL
Tarikh : 18 April 2009
Masa : 0930hrs -1530hrs
Peserta : Terbuka kepada semua warga Malaysia
di UK terutamanya warga North West, UK


Anjuran
KULM
dengan kerjasama
LUMSS dan HELWA

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan limpah kurnia Nya, pertandingan golf tertutup Lancaster telah pun berjalan dengan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada para peserta yang berpenat lelah datang dari jauh dan sokongan yang kalian berikan. Tidak lupa juga kepada semua AJK yang bertungkus lumus dalam merealisasikan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Di bawah ini adalah lampiran markah para peserta serta pemenang pertandingan golf tertutup tahun ini.


(Sila Klik Untuk resize image)

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Kepada yg tidak berjaya, jangan berputus asa untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Diucapkan syabas kepada penganjur (KULM, LUMSS dan HELWA) kerana inilah kali pertama sesuatu pertandingan dibuka untuk warga luar dari Lancaster. Walaupun sumber tenaga yg kurang dari kapasiti program, tetapi warga Lancaster berjaya menunjukkan semangat ukhwah yg tinggi dalam membantu menjayakan program.

Hari Raya Korban 1429H

Mula berbincang pada 3hb Disember 2008. Sesi tergempar ini dihadiri oleh saudara pencadang Huzaini dan Iqmal, Rizal, Azmi, Fazrul, Faizul dan Ustz Khaidir. Pada 4hb adalah hari terakhir bagi memesan kambing atau lembu untuk korban. Hasil perbincanagan, hubung rakan-rakan melalui telephone, Alhamdulillah, berkat usaha dah persetujuan ramai kita berjaya berkongsi beramai-ramai bagi menjayakan aktiviti korban pada tahun ini. Berdasarkan jumlah anggaran hasil kutipan duit Alhamdulillah kita mampu mengorbankan "4 ekor lamb". Email seumpama ini telah dikeluarkan kepada semua.
INFO
-Seekor lamb £75 (4x£75=£300)
-Kedai Al-Halal Holmrook Road, Preston
-Jumlah ahli menyertai 29 (individu/group)
-Collection from Preston 3pm Monday
-Arrive at masjid Univ. at ~4pm
==================================
AGIHAN
-Lamb will be cut in small pieces
-Anggaran seekor lamb ~20kgs (20kgs x 4 lamb = 80kgs)
-Setiap individu/group yang contribute akan mendapat 2kgs lamb (2kgs x 29 = 58kgs)
-Lebihan 22kgs (80kgs - 58kgs) akan di bungkus dalam bag plastic 1kg each (~22 plastic bags)
-Lebihan akan diagihkan kepada masyakat Islam University (1 kg per bag per person first come first serve basis)
-Collection at masjid Univ. around 5-6pm
==================================
DUIT
-Jumlah kutipan £319 (29 individu/group x £11 = £319)
-Harga lamb £300 (4 lamb x £75 =£300)
-Baki £19 (upah minyak kereta dan beli plastic bungkusan)

Berikut adalah senarai nama individu (group) yang telah setuju untuk menyertai aktiviti ibadah "korban";
1. Mazura Mastura Muhammad
2. Haniwarda Yaakob
3. Noraiza Abdul Rahman
4 iQmal
5. Wan Huzaini
6. Faizul
7. Ustz. Khaidir
8. Azmi
9. Fazrul
10. Rizal
11. Asmadi
12. Zulkefli
13. Mukhriz
14. Tun
15. Nordin
16. Bong
17. Azrul
18. Ita(Azrul)
19. Don Serumah
20. Nazihah
21. Mac (Izzudin)
22. Zulkarnain
23. Dir Khalilah
24. Ida
25. Lubna
26. Sharifah Raihan
27. Sharifah Raihan
28. Abby Devanto
29. Nurhafizatul Hikmah
30. Aliawas (penyertaan lewat)


Setiap individu (group) diminta membayar £11 kepada saudara Iqmal/Manisah secepat mungkin.
Contact number 079 2332 5070
Alamat: Flat 2, Bowland North Lancaster Uni.
Atau Bank-in : HSBC Amanah Acc No : 81681818 } Sila Tel/sms selepas bank-in
Sort Code : 40-27-02

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dijalankan. Kemaafan juga diminta jika keatas ketidaksempurnaan pengagihan daging korban. Mungkin ada yang dapat tulang lebih bahagian daging kurang dan sebaliknya. Ini adalah kerana kesuntukan masa. Kesuntukan masa juga berlaku ketika waktu merancang. Harapan pada masa hadapan agar perkara ini dapat dirancang dan dihebahkan lebih awal agar mereka yang berhajat untuk melakukan korban dapat menyertai dengan lebih awal. Jika diizinkan aktiviti melepah daging tersebut dapat di lakukan beramai-ramai di masa hadapan. Insya’Allah.

Ceramah Fekah Luar Negara - Oleh Ustaz Mazlee Malik (Durham)

Tajuk : Ceramah ‘Fekah Luar Negara’

Penceramah : Ustaz Mazlee Malik (penulis buku)

Tarikh : 16 November 2008

Masa : 10.00 – 12.00pm (masa sebenar 10.30-12.40)

Lokasi : Fylde College SCR.

November 9, 2008, Ahad semasa sesi majlis ilmu Ustaz Mohammad Khaidir telah mengumunkan oleh bahawa program Ceramah ‘Fekah Luar Negara’ oleh Ustaz Maszlee Malik akan diadakan pada hari Ahad (seperti yang tertera diatas.)
Penceramah bertolak dari Durham pada waktu pagi dan tiba di Lancaster University pada 10.15pg. Ceramah dimulakan pada 10.30pg. Ceramah dimulakan dengan pengenalan diri penceramah kepada semua. Sesi ceramah berbentuk komunikasi dua hala, dimana soalan dari penonton dibincangkan. Sebelum itu konsep buku ‘Fekah Luar Negara’ diterangkan oleh penceramah.
Alhamdulillah. Program ini berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Diharap program-program umpama ini dapat di lakukan lagi dengan lebih berjaya.